Bethesda Game Studios
| Jenis/bentuk sah | Divisyen |
|---|---|
| Industri | Permainan video |
| Ditubuhkan | 2001 |
| Ibu pejabat | Rockville, Maryland, AS |
| Tokoh penting |
|
| Keluaran |
|
| Bilangan kakitangan | 420+ (2021) |
| Syarikat induk | Bethesda Softworks |
| Anak syarikat | Lihat § Anak syarikat |
| Tapak web | bethesdagamestudios |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bethesda Game Studios ialah pembangun permainan video Amerika Syarikat dan sebuah studio ZeniMax Media yang berpusat di Rockville, Maryland. Syarikat ini ditubuhkan pada 2001 sebagai unit cawangan pembangunan Bethesda, dengan Bethesda Softworks sendiri mengekalkan fungsi penerbitan. Studio ini diketuai oleh Todd Howard sebagai penerbit eksekutif dan Ashley Cheng sebagai pengarah studio. Bethesda Game Studios mengendalikan tiga studio satelit, satu di Montreal dan dua di Texas, dan mengajikan 420 orang pada Mac 2021.