Best-Of ialah album hits terhebat oleh Anggun. Album ini dikeluarkan padw Disember 2006 di Indonesia, Mei 2007 di Malaysia dan Jun 2007 di Italy, bagi meraikan sedekad kerjaya Anggun di pentas antarabangsa. Ia menampilkan single hits dari tiga album antarabangsa pertamanya, serta runut bunyi dan kolaborasi bersama artis lain. Anggun juga merakamkan semula
tiga lagu Indonesia lamanya —"Mimpi", "Bayang Bayang Ilusi" dan "Takut". Edisi deluxe menampilkan VCD dan DVD bonus yang dikeluarkan di Indonesia dan Itali.