Beowulf
Beowulf [bé-o-vulf] ialah sebuah puisi epik bahasa Inggeris Kuno. Ia merupakan antara karya kesusasteraan penting dalam sejarah penulisan bahasa tersebut yang merupakan induk kepada bahasa Inggeris hari ini. Pengarang puisi ini tidak dapat dikenal pasti, namun diketahui datang dari kalangan masyarakat Inggeris-Saxon.
Puisi ini terdiri daripada 3,182 baris yang aliteratif. Tarikh tepat pengarangan puisi ini dipertelingkahkan antara para sejarawan namun ia dapat dipastikan antara tahun-tahun 975 dan 1025 Masihi.
Kisah penuh yang dihikayatkan dalam puisi ini terpelihara dalam suatu manuskrip iaitu Kodek Nowell, kodeks tersebut kini disimpan dalam Perpustakaan British.