Bengkang ubi

Kuih bingka (Jawi: بيڠك) ialah kuih tradisional Malaysia (kuih basah) yang merupakan salah satu kuih tradisional khas melayu yang kebanyakannya dikaitkan dengan wilayah Pantai Timur,Malaysia. Kuih bingka juga dikenali sebagai kuih bengkang dalam masakan Melayu. Ia mempunyai tekstur yang sangat manis, lemak dan lembut. Kuih ini merupakan salah satu kuih yang digunakan dalam tradisi melayu sebagai juadah harian atau untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan . Walaupun boleh didapati sepanjang tahun, kuih bingka kebiasaannya menjadi kebiasaan pada bulan Ramadan kerana ia dianggap sesuai untuk berbuka puasa. Kuih bingka ubi atau di pantai timur dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari ubi kayu. Kuih tradisi ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Kuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung gandum sedikitpun.

Bingka Ubi
بيڠک اوبي
Nama alternatifBengkang Ubi Kayu (بڠکڠ اوبي کايو)
JenisKuih Talam
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaubi kayu, sagu ubi kayu, nisan, santan
sunting · sunting di Wikidata