Sungai Solo

Sungai Solo
Nama asalꦧꦼꦔꦮꦤ꧀​ꦱꦭ, Bengawan Solo
Lokasi
NegaraIndonesia
Ciri-ciri fizikal
SumberPegunungan Sewu
MuaraLaut Jawa

Sungai Solo adalah sungai terpanjang di Pulau Jawa, Indonesia dengan mata air dari daerah Pergunungan Kidul, Wonogiri dan menemui laut di daerah Gresik.

Sungai ini panjangnya sekitar 548.53 km dan mengaliri dua wilayah iaitu Jawa Tengah dan Jawa Timur. Kabupaten yang dilalui ialah Wonogiri, Pacitan, Sukoharjo, Klaten, Solo, Sragen, Ngawi, Blora, Bojonegoro, Tuban, Lamongan, dan Gresik.