Bendera Thailand
Bendera Thailand (Bahasa Thai: ธงไตรรงค์ thong trai rong, "Bendera Trirona") menunjukkan lima jalur yang mendatar: jalur-jalur paling luar berwarna merah, suatu jalur tebal dua kali tengah berwarna biru, dan jalur putih di antara kedua-dua jalur ini.
Warna merah-putih-biru melambangkan "negara-agama-raja", cogankata tidak rasmi negara Thai. Bendera ini menjadi rasmi pada 28 September 1917 melalui suatu titah diraja oleh Raja Vajiravudh.