Bendera Republik Ireland
Bendera Republik Ireland (Ireland: bratach na hÉireann, bahasa Inggeris: flag of [the Republic of] Ireland), terdiri daripada jalur tiga warna hijau, putih dan jingga dengan nisbah ukuran 1:2.
Bendera ini diberikan sebagai hadiah daripada sekumpulan orang Perancis kepada Thomas Francis Meagher, ketua pergerakan nasionalis Young Ireland. Bendera ini mula dipakai semasa Pemberontakan Easter di Pejabat Pos Awam Dublin pada tahun 1916. Bendera ini kemudiannya dirasmikan penggunaannya oleh pihak Republikan semasa Perang Kemerdekaan Ireland (1919–1921) dan Negara Bebas Ireland (1922–1937) sebelum dirasmikan dalam Perlembagaan Ireland 1937.