Bendera Belarus

Bendera Belarus (Bahasa Belarus: Сцяг Беларусі, Sciah Biełarusi, Rusia: Флаг Белоруссии, rumi: Flag Belorussii) terdiri daripada sebidang jalur merah dan jalur hijau lebih nipis kedua-dua mendatar manakala di hujung pula ada sejalur anyaman tradisi. Bendera ini merupakan adaptasi suatu rekaan terdahulu dipakai semasa zaman Soviet dengan sedikit pengolahan dan terbuangnya perlambangan komunis.

Bendera ini dirasmikan pada 7 Jun 1995.