Benawa
Benawa atau banawa adalah satu jenis kapal dari Gowa, sebuah kerajaan lama di sudut barat daya Sulawesi, Indonesia. Rekod terawal kapal ini adalah dari Hikayat Banjar, yang ditulis dalam atau tidak lama selepas 1663. Saat masa ini, jenisnya sudah pupus; palari dan padewakang, kapal dengan badan yang sama, telah menggantikan tempatnya.