Ben White

Ben White
White bersama Brighton & Hove Albion pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Benjamin William White
Tarikh lahir (1997-10-08) 8 Oktober 1997
Tempat lahir Poole, England
Ketinggian 6 kaki 1 inci (1.86 m)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor 4
Kerjaya remaja
2006–2014 Southampton
2014–2016 Brighton & Hove Albion
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2021 Brighton & Hove Albion 36 (0)
2017–2018 → Newport County (pinjam) 42 (1)
2019 → Peterborough United (pinjam) 15 (1)
2019–2020Leeds United (pinjam) 46 (1)
2021– Arsenal 77 (3)
Pasukan kebangsaan
2021– England 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:20, 30 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:04, 29 Mac 2022 (UTC)

Benjamin William White (lahir 8 Oktober 1997) ialah pemain bola sepak profesional England yang beraksi sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan pasukan kebangsaan England. Walaupun posisi beliau lebih kepada bek tengah, beliau juga boleh bermain sebagai bek kanan.

White telah memulakan kariernya pada usia 18 tahun bersama kelab Brighton & Hove Albion. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab-kelab seperti Newport County, Peterborough United dan Leeds United antara tahun 2016 dan 2019. Beliau seterusnya beraksi di empat liga di England dan menjuarai Liga Kejuaraan bersama Leeds. Selepas satu musim bersama Brighton semula, beliau menjadi pemain pertahanan termahal kelab apabila beliau dijualkan ke Arsenal pada tahun 2021 dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta.

White melakukan debut untuk skuad senior England pada tahun 2021 sewaktu beliau berusia 23 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad England yang layak ke kejohanan UEFA Euro 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022.