Befehlshaber der U-Boote

Panglima Angkatan Kapal Selam
Befehlshaber der U-Boote
 Kriegsmarine
SingkatanBdU
Lapor kepadaOberbefehlshaber der Marine
PeloporFührer der Unterseeboote
Dibentuk1917, ditubuhkan semula 17 Oktober 1939
Dimansuhkan8 Mei 1945
sunting · sunting di Wikidata

Befehlshaber der Unterseeboote atau BdU (BM: "Panglima Angkatan Kapal Selam") adalah pemerintah tertinggi armada kapal selam (Ubootwaffe) Tentera Laut Jerman semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Istilah ini juga merujuk kepada Markas Pemerintahan angkatan U-bot.

Jawatan ini telah diwujudkan pada Jun 1917, menggantikan peranan "Ketua U-bot" (Führer der Unterseeboote, atau FdU) bagi Flotila Laut Lepas. Penyandang pertama ialah Kapitan zur See/Kommodore Andreas Michelsen, yang sebelum ini adalah ketua angkatan kapal pembinasa Armada Laut Lepas. Jawatan ini telah dimansuhkan apabila perang berakhir.

Jawatan ini dihidupkan kembali pada 17 Oktober 1939, apabila Karl Dönitz dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda (Konteradmiral). Gelaran beliau sebelumnya adalah FdU, jawatan yang dipegangnya sejak Januari 1936.

Pada 31 Januari 1943 Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Großadmiral) dan menjadi pemerintah tertinggi (Oberbefehlshaber der Kriegsmarine) keseluruhan Tentera Laut, menggantikan Erich Raeder. Dönitz mengekalkan jawatan tersebut, tetapi digantikan sebagai ketua operasi di BdU oleh ketua stafnya Eberhard Godt.

Pengganti Godt adalah Laksamana Hans-Georg von Friedeburg, yang memegang jawatan itu sehingga ke pengakhiran perang dan menjadi Panglima Tentera Laut Jerman apabila Doenitz dilantik sebagai ketua negara Jerman Nazi selepas Hitler membunuh diri.