Bi'r as-Sab

Bi'r as-Sab
Beersheba
  • בְּאֵר שֶׁבַע
  • بئر السبع
Bandar Raya
Transkripsi Hebrew
 • Also spelledBe'er Sheva (official)
Beer Sheva (unofficial)
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Israel north negev" tidak wujud.
Koordinat: 31°15′32″N 34°47′59″E / 31.25889°N 34.79972°E / 31.25889; 34.79972
Country Israel
DistrictSouthern
Founded4000 BC (Tel Be'er Sheva)
1900 (The new city)
Pentadbiran
 • MayorRuvik Danilovich
Keluasan
 • JumlahTemplat:Infobox settlement/dunam
Aras
260 m (850 ft)
Penduduk
 (2022)Templat:Israel populations
 • Jumlah212,532
 • Kepadatan1,800/km2 (4,700/batu persegi)
Name meaningWell of the Oath(see also)
Laman sesawangbeer-sheva.muni.il

Bi'r as-Sab (Arab: بِئْرْ اَلْسَبْعْ, rumi: Biʼr as-Sabʻ; Ibrani: בְּאֶר שֶׁבַע, rumi: Bəʼer Šévaʻ diinggeriskan kepada Beersheba) merupakan kota yang terletak di rantau padang gurun Naqab terangkum dalam selatan tanah dikuasai entiti Israel. Ia diasaskan pada awal abad ke-20 semasa zaman Uthmaniyah tidak jauh 4km dari tempat Tel Be'er Sheva yang dikatakan tempat bersejarah tibanya Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak di tanah Syam menurut Kitab Bible pegangan umat Yahudi.

Kota ini asalnya diperuntukkan kepada negara Arab dalam Rancangan Pembahagian Palestin aturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walau bagaimanapun pada bulan Oktober 1948, kota ini ditawan bala tentera Angkatan Pertahanan Israel yang menghalau penduduk Arab sana. Kawasan ini kemudiannya diduduki banyak pendatang kaum Safardi dan Mizrah dihalau dari tanah-tanah Arab berikutan Perang Arab–Israel 1948 serta masyarakat Beta Israel Habsyah, Bene Israel India dan Rusia Soviet sejak tahun 1990.