La Belle et la Bête

La Belle et la Bête ("Si Jelita dan Si Raksasa", tajuk bahasa Inggeris: Beauty and the Beast) ialah sebuah kisah dongeng diterbit tahun 1740. Ia ditulis Gabrielle-Suzanne Barbot de Villeneuve dan diterbit dalam antologi La Jeune Américaine et les contes marins ("Si Pemuda dari Amerika Syarikat dan Kisah-kisah Marin"). Karya penulisan asal ini diringkaskan dan disunting semula oleh Jeanne-Marie Leprince de Beaumont dalam majalah Magasin des enfants ("Koleksi Kanak-Kanak") pada tahun 1756, serta ditampilkan dalam siri kisah cerita oleh Andrew Lang tahun 1889.