Be Careful With My Heart

Be Careful With My Heart
Kad tajuk musim pertama.
GenreKomedi romantik, kekeluargaan
PenciptaMel Mendoza-del Rosario
Dibangunkan oleh
Ginny Monteagudo-Ocampo
Ditulis olehDenise O'Hara
Nika Layson
Jimuel dela Cruz
Dexter Hemedez
Alpha Kristine Fortun
PengarahJeffrey R. Jeturian
Mervyn B. Brondial
Dibintangi oleh
Jodi Sta. Maria
Richard Yap
Janella Salvador
Mutya Orquia
Jerome Ponce
Lagu pembukaanPlease Be Careful With My Heart
oleh Jodi Sta. Maria dan Richard Yap
PenggubahJose Mari Chan
Negara asalFilipina
BahasaFilipina, Inggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod622
Penerbitan
Penerbit eksekutifEllen Nicolas Criste Grace Ann Bodegon-Casimsiman
Narciso Y. Gulmatico, Jr.
PenerbitKeila Marie Celso
Ruchel Covacha
Edyl Macy Delos Santos
PenyuntingJoy Buenaventura
Ray-Ann Endaya
Shyra Marie Joaquin
Billy Joe Karganilla
Joseph Nathaniel Lopez
Maydelle Marcial
Ding Mora
Geomar Triño
LokasiFilipina
Jepun
SinematografiNeil Daza
Tempoh siaranIsnin – Jumaat, 11:30 pagi (PST);
45 minit
Syarikat penerbitan
GMO Entertainment Unit
Penyiaran
Saluran asalABS-CBN
Format gambar480i SDTV
1080i HDTV
Siaran asal9 Julai 2012 – 28 November 2014
Pautan luar
Laman sesawang

Be Careful With My Heart ialah sebuah siri drama waktu perdana Filipina yang disiarkan di ABS-CBN dari 9 Julai 2012 sehingga 28 November 2014 sebelum It’s Showtime. Ia juga disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran The Filipino Channel, dibintangi oleh Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Janella Salvador, Jerome Ponce dan Mutya Orquia. Ia merupakan salah satu teleserye ABS-CBN yang paling berjaya. Berikutan popularitinya, konsert, album, dan jelajah seluruh dunia telah dihasilkan. Siri ini juga telah disiarkan di rantau Afrika, seluruh Asia, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Ia merupakan siri televisyen Filipina yang keempat dirakamkan dalam format definisi tinggi selepas Rounin, Minsan Lang Kita Iibigin dan Budoy.

Selepas dua tahun kejayaan, ia telah diumumkan dalam rancangan TV Patrol pada 25 September 2014 yang drama ini akan menyiarkan episod terakhirnya pada 28 November 2014. Di Global Kapit-Bisig Day, siri ini disiarkan serentak di TFC.tv semasa episod terakhirnya, diikuti oleh siaran selamat tinggal secara langsung. The Singing Bee dan penyiaran semula siri anime Jepun Princess Sarah telah ditunda bagi memberi laluan untuk episod akhir selama sejam, bersiaran pada jam 11:15 pagi hingga 12:15 tengahari. Di Malaysia, drama ini disiarkan di TV3 pada 7 Oktober 2013 hingga 9 April 2014 dan musim kedua drama ini bersiaran pada 2 April 2015.