Bayang
Bayang (Jawi: بايڠ) atau bayang-bayang (Jawi: بايڠ٢) terjadi apabila cahaya yang tersinar dari sesuatu punca terhalang dalam laluan melurus daripada mengena sesuatu permukaan atau benda yang legap. Jika sumber cahayanya memancar lemah akibat halangan daripada persekitaran - seperti matahari pada hari berawan - bayangan yang terhasil tidak ketara; tempat teduh tidak akan menampakkan bayang-bayang kerana teduhan itu sendiri sudah merupakan bayangan sebuah benda yang menghalangi sinar matahari.
Kekuatan sinar cahaya yang terpancar menentukan tebal tipisnya bayangan benda itu, jarak sumber cahaya dan jarak benda terhadap benda tertimpa bayangannya menentukan panjang dan pendeknya bayangan itu jika bayangan menimpa benda lain. Sumber sinar matahari panjang bayangan benda ditentukan oleh sudut ketinggian sinar matahari sedangkan sumber cahaya yang lain ditentukan oleh jarak benda terhadap titik pusat sumber sinar.