Bawazir
Bawazier (Bawazeer, Bawazir, Bauzir) atau Banu Al Wazir adalah marga dan bangsawan Timur Tengah dari keturunan Bani Hashim. Wazir dalam bahasa Arab bermakna menteri. Permulaan nama Ba-Wazir adalah ketika keturunan Ali Al Wazir yang menjadi menteri semasa pemerintahan dua khalifah Abbasiyah iaitu al-Mustarshid dan al-Muqtafi. Beliau juga dikenal sebagai Menteri Agung dengan nama Abul Qasim Ali Sharafuddien, dan bernasab langsung dengan Saidina Abbas bin Abdul Muthalib (bapa saudara Nabi Muhammad Rasulullah SAW).