Bavani Veraiah
Bavani Veraiah | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Malim Nawar | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Leong Cheok Keng (PH–DAP) |
| Majoriti | 7,259 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Bavani d/o Veraiah 31 Disember 1973 Negeri Sembilan, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 1993) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (GR) (1993–1995) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Kediaman | Malim Nawar, Perak, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Nama panggilan | Shasha |
Bavani d/o Veraiah (lahir 31 Disember 1973), digelar Shasha, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Malim Nawar sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini juga dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), Barisan Alternatif (BA) dan Gagasan Rakyat (GR). Beliau ialah Setiausaha Wanita DAP Perak. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif PR dan PH Perak serta penyelaras bagi kawasan parlimen Bentong.