Basileios dari Makaduniah
| Basileios I | |
|---|---|
| Maharaja dan Autokrat Rum Timur | |
Basileios, puteranya Konstantinos, dan permaisuri keduanya, Evdokia Engerina. | |
| Maharaja Byzantium | |
| Pemerintahan | 867–886 |
| Didahului oleh | Mikhaēl III |
| Diikuti oleh | Leo VI |
| Keputeraan | 811 Makedonia |
| Kemangkatan | 29 Ogos 886 (usia 75) |
| Anakanda Butiran | Leo VI Alexandros III Stephanos I |
Basileios dari Makaduniah (Yunani: Βασίλειος ὁ Μακεδών, rumi: Basíleios ō Makedṓn, juga dicatatkan sebagai Basileios I; 811 – 29 Ogos 886) merupakan Maharaja penguasa kerajaan Byzantium yang bertakhta dari tahun 867 hingga 886. Baginda berasal sebagai seorang petani kebanyakan di thema Makaduniah (Makedonia) yang berpeluang khidmat di bawah mamanda Maharaja Mikhaēl III sebelum kemudiannya menganggotai isi istana baginda sebagai suami salah satu gundik maharaja tersebut.