Persatuan Penulis Besbol Amerika

Persatuan Penulis Besbol Amerika
Kerangka
KependekanBBWAA
Jenis/bentuk sahPersatuan profesional 
BidangPenulisan sukan
Keanggotaan (2022)Sekurang-kurangnya 394
Tapak webbbwaa.com 
Sejarah
Ditubuhkan14 Oktober 1908 (1908-10-14)
Pengurusan
PresidenC. Trent Rosecrans (2021)
Naib PresidenLarry Stone (2021)
Lokasi
Lokasi
  • Amerika Syarikat 
sunting · sunting di Wikidata

Persatuan Penulis Besbol Amerika (bahasa Inggeris: Baseball Writers' Association of America atau BBWAA) ialah sebuah persatuan profesional untuk wartawan yang membuat liputan mengenai Major League Baseball (MLB) bagi akhbar harian, majalah dan laman web yang memenuhi syarat. Persatuan ini telah diasaskan pada tahun 1908, dan terkenal dengan penganugerahan tahunan serta peranannya dalam pengundian keahlian bagi Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan (National Baseball Hall of Fame).

Fungsi utama organisasi ini adalah untuk bekerjasama dengan MLB dan setiap pasukan bagi memastikan akses ke bilik persalinan (clubhouse) dan ruang media (press box) diberikan kepada ahli BBWAA. Selain itu, ahli BBWAA juga bertanggungjawab dalam pemilihan pemain ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan, yang merupakan fungsi organisasi ini yang paling dikenali oleh umum. Semua penulis yang mempunyai keahlian BBWAA secara berterusan selama 10 tahun, serta masih aktif atau pernah menjadi ahli dalam tempoh 10 tahun sebelumnya, layak untuk mengundi dalam pemilihan pemain besbol ke Dewan Kemasyhuran. Setiap tahun, BBWAA turut mengundi untuk beberapa anugerah utama dalam MLB, termasuk:

— bagi setiap satu daripada dua liga utama (Liga Amerika dan Liga Kebangsaan).

Dewan Kemasyhuran juga memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Tinjauan Sejarah (Historical Overview Committee) BBWAA, yang terdiri daripada 11 atau 12 ahli veteran BBWAA, untuk menyusun senarai calon tahunan bagi Jawantankuasa Veteran (Veterans Committee).