Barney & Friends
| Barney & Friends | |
|---|---|
Logo Barney & Friends | |
| Format | Siri televisyen kanak-kanak |
| Pencipta | Sheryl Leach |
Dibintangi oleh | David Voss (1988-1990) David Joyner (1991-2001) Carey Stinson (1994, 2002-kini) dan Josh Martin (1999-2002) (sut Barney) Bob West (1988-2002) Duncan Brannan/Tim Dever (1999-2002) dan Dean Wendt (2002-2010) (suara Barney) Dao Knight (1991) Jenny Dempsey (1992) Jeff Ayers (1993-kini) (sut Baby Bop) Julie Johnson (suara Baby Bop) Jeff Brooks (1993-2004) dan Kyle Nelson (2004-kini) (sut B.J.) Patty Wirtz (suara B.J.) Adam Brown (sut Riff) Michaela Dietz (suara Riff) |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bilangan episod | 268 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 1992-2002-2006-2010 26 minit/12 minit |
Syarikat penerbitan | The Lyons Group (1992–2001) HiT Entertainment (2001–kini) Connecticut Public Television (1992–2005) WNET New York (2006–kini) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | PBS |
| Format gambar | NTSC (480i) (1992-2008) HDTV (1080i) (2009-kini) |
| Siaran asal | 6 April 1992 – 2 November 2010 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Barney and the Backyard Gang |
| Laman sesawang | |
Barney & Friends ialah sebuah program televisyen kanak-kanak bermula sejak tahun 1992 yang dihasilkan di Amerika Syarikat khusus untuk khas kanak-kanak prasekolah bagi mereka yang berusia dalam lingkungan 2-8 tahun. Siri ini menampilkan watak bernama Barney, Tyrannosaurus rex berwarna ungu yang menyampaikan pembelajaran melalui lagu dan tarian mudah dengan sikap yang bersahabat dan optimistik.
Barney dicipta pada 1987 oleh Sheryl Leach dari Dallas, Texas. Beliau kemudian mengeluarkan satu siri video rumah mulai 1988. Public Broadcasting Service (PBS) kemudian mengambil siri ini untuk dijadikan program televisyen dan mula menyiarkannya pada 1992.