Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator
Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (Bahasa Thai: แนวร่วมประชาธิปไตยต่อต้านเผด็จการแห่งชาติ; นปช.; bahasa Inggeris: United Front for Democracy Against Dictatorship, UDD) lebih dikenali dengan pakaian baju merah di Thailand. Mereka anti kerajaan dan menyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra . Modus operandi UDD sama dengan PAD (baju kuning).
Krisis Thailand berpunca dari era pentadbiran Thaksin , rampasan kuasa 19 September 2006 dan penggubalan Perlembagaan Thailand yang tidak adil. Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri dipilih secara demokrasi dan menang besar dalam dua pilihan raya sebelumnya. Thaksin Shinawatra digulingkan sewaktu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 19 September 2006 .Akibatnya Thaksin hidup dalam buangan, dituduh rasuah, harta dirampas oleh mahkamah Thailand dan kini menjadi warganegara Montenegro.
Lokasi perhimpunan UDD ialah di Ratchaprasong dan Salom ,Wat Bovornniwes, Wat Tri Thosathep, Wat Makutkasattiyaram, Wat Kae Nang Leong, Wat Sommanas Viharn, Nank Leong Stadium, Dusit Zoo dan Universiti Teknologi Rajamangala. Mereka mahu menghimpun 1 juta penunjuk perasaan, tetapi gagal. Dr Panitan Wattanayagorn menganggarkan sekitar 40,000 hingga 50,000 penunjuk perasaan hadir. Bilangan baju merah ini berubah dari semasa ke semasa.
Pentas utama perhimpunan terletak di jambatan Phan Fa, di Ratchadamneon Avenue. Imej mereka ialah baju merah, lilit kepala merah dan topi merah .