Bank Pembangunan Malaysia
| Nama dahulu | Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Awam |
| Industri | |
| Ditubuhkan | 28 November 1973 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| Tokoh penting |
|
| Pemilik | Kementerian Kewangan Malaysia |
| Tapak web | www |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB; dahulu dikenali sebagai Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia) ialah syarikat perkhidmatan kewangan dan bank pembangunan utama Malaysia. Aktiviti bank ini ialah memberikan pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri berintensifkan modal, yang merangkumi projek infrastruktur, sektor maritim dan teknologi tinggi dan membuat sejumlah pelaburan strategik. BPMB ialah bank yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 28 November 1973, objektif asal Bank Pembangunan ialah untuk membantu usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan dan khidmat nasihat usahawan. Selain menyediakan pembiayaan langsung, Bank Pembangunan melalui anak-anak syarikatnya dan syarikat bersekutunya memudahkan pertumbuhan sektor ekonomi strategik Malaysia.
Pada tahun 2019, Bank Pembangunan dan Danajamin menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia mengenai cadangan untuk penggabungan.