Banjir di Malaysia 2006-2007
Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah . Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini . Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini . Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.
Selepas air mulai surut, banjir kedua berlaku ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang .