Banjir Queensland 2010-2011
Seorang wanita yang terkandas di atas keretanya menunggu ketibaan penyelamat di tengah banjir kilat Toowoomba | |
| Tarikh | – |
|---|---|
| Tempoh | Disember 2010 – Januari 2011 |
| Tempat | Kebanyakan kawasan tengah dan selatan Queensland termasuk Brisbane, Rockhampton, Emerald, Bundaberg, Dalby dan Toowoomba |
| Lokasi | Australia |
| Kematian | 35 disahkan maut, 9 hilang |
Harta benda rosak | A$30 bilion |
Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane. Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas. Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini. Kemusnahan awal bagi harta benda dicatatkan kira-kira A$1bn (£633m). Tiga kuarter dari negeri Queensland telah diisytiharkan sebagai zon bencana - kawasan bencana diukur keluasannya lebih besar dari gabungan negeri Texas dan California di Amerika Syarikat. Banjir tahun 2010-2011 yang berlaku di Queensland, Australia ini telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dan jumlah kematian ini dijangka terus meningkat.