Bangku
Bangku (Jawi:بڠکو) adalah suatu perabot jenis duduk panjang di mana beberapa orang boleh duduk pada satu masa baik di sekitaran luar atau dalam sesebuah bangunan. Ia biasanya terbuat dari kayu, tetapi juga boleh dibuat dari logam, batu, atau bahan sintetik; ada daripada bangku-bangku ini yang boleh disandarkan lengan dan belakang.