Bandar Serenia
Serenia City | |
|---|---|
Perbandaran | |
| Bandar Serenia | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | باندر سرنيا |
Papan tanda Bandar Serenia di tepi tasik | |
Serenia City Serenia City (Selangor) Serenia City Serenia City (Semenanjung Malaysia) | |
| Koordinat: 2.852348°N 101.704302°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Daerah | Sepang |
| Mukim | Mukim Dengkil |
| Ditubuhkan | 27 Mac 2018 |
| Diasaskan oleh | Sime Darby Property |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 7.1 km2 (2.7 batu persegi) |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 43900 |
| Laman sesawang | Serenia City | Sime Darby Property |
| Lokasi Bandar Serenia di Peta Google | |
Serenia City / Bandar Serenia (etimologi daripada "Serene" iaitu terjemahan Tenang dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah perbandaran di perbandaran Dengkil di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Serenia terletak berhampiran Salak Tinggi. Kawasan itu dahulunya dikenali sebagai Ladang Ampar Tenang dan bermula sebagai ladang teh, getah dan kelapa sawit. Pada 2016, ladang itu mula bertukar menjadi perbandaran pegangan bebas yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties. Perbandaran ini mempunyai keluasan 2370 ekar dan dibahagikan kepada 5 presint iaitu Cipta, Citra, Aman, Bayu dan Puncak, disasarkan untuk menampung 60,000 penduduk pada tahun 2035.