Renggam

Renggam
Negara Malaysia
Negeri Johor
Penubuhan 1950
Kerajaan
 - Ahli Parlimen Malaysia bagi Di Johor Datuk Onn Hafiz bin Datuk Ghazi
 - Ahli Dewan Undang Negeri Johor Datuk Onn Hafiz bin Datuk Ghazi
Ketinggian 699 kaki (213 m)
Kepadatan (2013)
 - Jumlah 17,430
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) MST (UTC+8)
Min waktu suria UTC+06:46:50

Renggam merupakan nama sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Kluang (pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam), Johor, Malaysia .

Renggam juga terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 82km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Renggam juga merupakan salah satu pusat perindustrian yang terdapat dalam negeri Johor. Bandar atau Pekan lain yang berdekatan dengan Bandar Renggam adalah Pekan Layang-Layang dan Bandar Simpang Renggam. Bilangan penduduk daerah Simpang Renggam kini melebihi 70,000 orang dan kawasan bandar Renggam itu sendiri mempunyai 17,430 penduduk manakala Bandar Simpang Renggam pula mempunyai penduduk sekitar hampir 26,000 orang.

Asal usul nama Renggam bermula pada sekitar tahun 1950 iaitu peristiwa letusan Gunung Berapi Krakutwa pada tahun 1950 telah mewujudkan penempatan baru disekitar daerah Kluang selatan. Sebuah bukit telah terbelah dua dan menjadi renggang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'renggang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. Sebutan 'Renggang' lama kelamaan telah menjadi 'Renggam'. Itulah asal usul nama Renggam yang telah digunapakai dari dahulu sehingga kini.

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.