Bandar Jasin

Bandar Jasin
Bandar Jasin
Koordinat: 2°18′38″N 102°25′52″E / 2.31056°N 102.43111°E / 2.31056; 102.43111
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Daerah Daerah Jasin
MukimBandar Jasin
Pentadbiran
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah92,883
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia
Laman sesawangwww.mpjasin.gov.my/
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"

Bandar Jasin merupakan bandar yang terletak di Daerah Jasin, Melaka, Malaysia.

Melaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.

Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3.

Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.

Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.