Bandar Enstek

Bandar Enstek merupakan sebuah bandar baru terancang di Negeri Sembilan yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 1980, dan dilengkapi empat komponen iaitu kawasan perumahan, institusi pendidikan, kawasan komersil dan kawasan perindustrian.