Bandar Al-Wathiqu Billah

Bandar Al-Wathiqu Billah (Jawi: بندر الواثق باللّه) adalah merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia yang terletak di Kampung Baroh Tok Jiring seluas 187.76 hektar. Sebelum 2023, bandar ini hanya dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kuala Nerus sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin pada September 2023 dengan nama Bandar Al-Wathiqu Billah sempena nama baginda