Bandai Super Vision 8000

Bandai Super Vision 8000
PengilangBandai
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcit1979
MediaKatrij ROM
CPUNEC D780C 8-bit berkelajuan 3.58 MHz

Bandai Super Vision 8000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai pada tahun 1979. Konsol ini tergolong dalam generasi kedua konsol permainan video. Konsol ini mempunyai input TV yang membolehkan konsol ini disambung ke television untuk memperlihatkan imej grafik.

Untuk rekod, hanya 7 permainan video sahaja yang dikeluarkan untuk konsol ini dan kesemuanya dibangun dan dikeluarkan oleh Bandai. Konsol ini tidak mendapat sambutan ramai kerana harga yang ditawarkan adalah mahal pada ketika itu serta tidak banyak permainan video yang dikeluarkan. Konsol ini ditamatkan tidak sampai setahun selepas pelancarannya.