Bancian Penduduk Indonesia 2010
Bancian Penduduk Indonesia 2010 (bahasa Indonesia: Sensus Penduduk Indonesia 2010, disingkat SP2010) adalah suatu banci yang dilakukan oleh Badan Pusat Statistik (BPS) di Indonesia pada tanggal 1 - 31 Mei 2010. Ini adalah program bancian penduduk ke-6 setelah Indonesia merdeka. Bancian ini menggunakan teknologi intelligent character recognition/optical mark recognition (ICR/OMR). Dalam bancian ini akan diajukan 43 pertanyaan mengenai: keadaan dan kemudahan perumahan dan bangunan tempat tinggal, ciri-ciri rumah tangga dan keterangan individu anggota rumah tangga. Hasil pengolahan Angka Sementara akan diumumkan pada pidato kenegaraan Presiden Republik Indonesia pada tanggal 17 Ogos 2010.
Pembiayaan banci ini telah memakan perbelanjaan yang tinggi, sebanyak Rp 3.3 trilion. Bagaimanapun BPS memperhitungkan biaya Bancian Penduduk 2010 hanya sekitar 1.5 dolar AS seorang jika dibandingkan dengan biaya bancian Amerika Syarikat yang mencapai 3 dolar AS seorang. BPS telah mengerahkan 700,000 tenaga pencacah (pembanci). Dalam bancian ini, BPS hanya akan mencacah penduduk yang sudah menetap di dalam negeri (menetap lebih dari 6 bulan; kecuali diplomat asing).