Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Bancian Malaysia 2020 atau rasminya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (juga myCensus2020) ialah projek banci yang telah dijalankan di semua kawasan perumahan dan petempatan manusia seperti kampung, bandar dan pekan di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Ia merupakan bancian keenam yang dilaksanakan semenjak penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963. Pelaksanaan bancian ini ialah merujuk kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960.