Balai Cerap Arecibo

Balai Cerap Arecibo
Dinamakan selepasArecibo, Puerto Rico 
OrganisasiUniversity of Central Florida 
Kod pemerhati[Senarai kod pemerhatian#251 251] 
LokasiEsperanza, Arecibo, Puerto Rico, Amerika Syarikat, Puerto Rico
Koordinat18°20′48″N 66°45′12″W / 18.3467°N 66.7533°W / 18.3467; -66.7533
Altitud498 m (1,634 ka)
Laman webwww.naic.edu
TeleskopArecibo 12m radio telescope
Arecibo Radio Telescope 
Media berkaitan di Wikimedia Commons
Pusat Astronomi dan Ionosfera Negara
Daerah bersejarah AS
Bandar terdekatArecibo
Luas118 ekar (48 he)
ArkitekKavanaugh, T. C.
Juruteravon Seb, Inc., T. C. Kavanaugh dari Praeger-Kavanagh, dan Severud-Elstad-Krueger Associates
No. rujukan NRHP07000525
Ditambahkan ke NRHP23 September 2008

Balai Cerap Arecibo (bahasa Inggeris: Arecibo Observatory) ialah sebuah teleskop radio di kawasan perbandaran Arecibo, Puerto Rico. Balai cerap ini dikendalikan oleh SRI International, USRA dan UMET, di bawah persetujuan kerjasama dengan National Science Foundation (NSF). Balai cerap ini juga dipanggil National Astronomy and Ionosphere Center, walaupun "NAIC" merujuk kepada kedua-dua balai cerap dan kakitangan yang menjalankannya. Sejak pembinaannya pada 1960-an ke pembukaan rasmi pada 1 November 1963 hingga selewat 2011, balai cerap ini diuruskan oleh Universiti Cornell .Teleskop radio 1,000 ka (305 m) balai cerap ini ialah teleskop bukaan tunggal terbesar di dunia. Ia digunakan dalam tiga bidang penyelidikan utama: astronomi radio, aeronomi dan astronomi radar. Ahli sains yang mahu menggunakannya perlu menghantar kertas cadangan yang dinilai oleh sebuah lembaga saintifik bebas.

Ia mengalami seberapa kerosakan utama akibat dilanda bencana besar seperti Taufan Maria pada tahun 2017 dan gempa-gempa bumi tahun 2019 dan 2020; dua kabel penyokong utama ia diperhatikan rosak berdasarkan pemantuan dibuat pada bulan-bulan Ogos dan November 2020; dan disebabkan ini balai cerap ini ditutup atas faktor keselamatan. Pada 1 Disember 2020 teleskop utama runtuh sebelum runtuhan terkawal dapat dilakukan.

Observatorium ini juga merangkumi teleskop radio, kemudahan LIDAR, dan pusat pelawat, semua yang diharapkan akan terus beroperasi setelah kerosakan dari keruntuhan teleskop utama dinilai.