Bakauheni

Bakauheni
Maklumat am
JenisPelabuhan 
Maklumat lokasi
NegaraIndonesia 
LokasiBakauheni, Lampung Selatan 
Koordinat5°52′10″S 105°45′12″E 
Jasad air terdekat
Selat Sunda 
sunting · sunting di Wikidata

Bakauheni ialah sebuah kota pelabuhan di provinsi Lampung. Terletak tepatnya di hujung selatan pulau Sumatera serta hujung selatan Jalan Raya Lintas Sumatera dan Jalan Tol Bakauheni-Terbanggi Besar, Pelabuhan Bakauheni menghubungkan Sumatera dengan Jawa melalui laut.

Ratusan feri belayar menyeberangi Selat Sunda dan menghubungkan Bakauheni dengan Merak di Provinsi Banten, Pulau Jawa. Feri-feri ini terutamanya melayani kenderaan seperti bas penumpang antara-kota luar-provinsi, lori serta kereta peribadi. Tempoh perjalanan purata yang diperlukan antara Bakauheni - Merak dengan feri ini ialah sekitar 2 jam.