Baju panas
Baju panas (bahasa Inggeris: sweater atau jumper) ialah pakaian bahagian atas badan yang dipakai melapisi baik suatu pakaian dalam (seperti kemeja, blaus, kemeja T dan sebagainya) ataupun kulit dengan tujuan memanaskan atau menebat haba badan si pemakai. Ia lazimnya dihasilkan melalui pengaitan gentian tertentu; bulu bebiri pernah menjadi kebiasaan namun kapas, gentian sintetik atau bahan komposit seumpama juga boleh digunakan kini.