Baju kot

Kot lazimnya sejenis pakaian luar yang dipakai oleh kedua-dua jantina untuk mendapatkan kehangatan atau berfesyen. Kot mempunyai lengan yang panjang dan terbuka di depan dan ditutup dengan menggunakan butang, zip, velkro, kancing, tali pinggang, atau gabungan kesemua di atas. Ciri-ciri lain yang mungkin termasuklah kolar, tali bahu dan kerudung kepala.