Bailee Madison

Bailee Madison
Madison pada Januari 2015
Kelahiran (1999-10-15) 15 Oktober 1999
Fort Lauderdale, Florida, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
Rakan kongsi domestikAlex Lange
Laman web rasmiwww.baileemadison.com

Bailee Madison (lahir 15 Oktober 1999) merupakan seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai May Belle Aarons, adik bongsu Jess Aarons dalam filem Bridge to Terabithia (2007) dan Maryalice dalam Merry Christmas Drake & Josh. Beliau juga dikenali sebagai Snow White muda dalam drama fantasi ABC Once Upon a Time dan sebagai Grace Russell dalam siri Hallmark Channel Good Witch. Karya lain beliau yang terkenal termasuk Don't Be Afraid of the Dark, Maggie dalam Just Go with It dan Harper Simmons dalam Parental Guidance.