Bahasa gerak-geri

Bahasa gerak-geri adalah istilah yang luas untuk pelbagai bentuk komunikasi yang menggunakan gerak badan atau gerak isyarat sebagai ganti ataupun sebagai pelengkap untuk bahasa lisan dan bentuk komunikasi lain. Ia merupakan satu kategori paralinguistik yang merangkumi segala komunikasi manusia yang bukan bahasa.

Paralinguistik yang merangkumi bahasa gerak-geri telah diselidiki secara luas oleh ahli-ahli psikologi sosial. Bagi pertuturan harian dan psikologi popular, istilah ini sering digunakan untuk bahasa gerak-geri yang dianggapi sebagai luar kawal walaupun sebenarnya, perbezaan antara voluntari dan luar kawal seringnya tidak jelas: umpamanya, senyuman atau lambaian boleh dibuat secara voluntari ataupun secara luar kawal.

Bahasa gerak-geri voluntari merujuk kepada pergerakan, gerak isyarat dan lagak yang dibuat dengan sengaja (bersenyum, bergerak tangan, mengajuk tindakan). Ia juga dikaitkan kepada pelbagai jenis komunikasi tanpa bunyi, seperti gerak isyarat yang formal (umpamanya, oleh pengarah filem).

Air muka sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang.