Bahasa Tulu

Tulu
ತುಳು, ത‍ുള‍ു
Tulu Bāse dalam tulisan Tulu
Asli kepadaIndia
KawasanTulu Nadu
EtnikOrang Tulu
Dravidia
  • Dravidia Selatan
    • Bahasa-bahasa Tulu
      • Tulu
Tulisan Tigalari
Tulisan Kannada
Tulisan Malayalam
Kod bahasa
ISO 639-3tcy
Glottologtulu1258
Taburan penutur ibunda Tulu di India

Tulu (Tulu: ತುಳು ಭಾಷೆ Tuḷu bāse [ˈt̪uɭu ˈbɒːsæ]) ialah sebuah bahasa yang digunakan oleh hampir 2 juta penutur ibunda, dengan tempat tumpuan ialah di bahagian barat Karnataka dan sebahagian kecil utara Kerala, yang dikenal sebagai Tulu Nadu. Bahasa tersebut termasuk dalam keluarga bahasa Dravida.

Di India, hampir 2 juta orang memakai bahasa tersebut sebagai bahasa asli mereka (anggaran 2011), dan berjumlah 1,722,768 pada 2001, meningkat 10% berbanding dalam bancian 1991. Menurut salah satu kiraan yang dinyatakan pada 2009, Tulu sekarang digunakan oleh tiga hingga lima juta penutur ibunda di seluruh dunia. Penutur ibunda bahasa Tulu disebut sebagai Tuluva atau orang Tulu.