Bahasa Sumeria

Bahasa Sumeria
𒅴𒂠
Emeg̃ir
Asli kepadaSumer dan Akkad
KawasanMesopotamia (Iraq moden)
EraDibuktikan wujud sejak s. 2900 SM. Tidak dituturkan lagi sekitar 1700 SM; digunakan sebagai bahasa klasik sehingga sekitar 100 TM.
Pencilan bahasa
Dialek/loghat
  • Emesal
  • Emesisa
  • Emetena
  • Emesukudda
  • Emesuha
  • Emesidi
  • Emeku
Pepaku Sumer-Akkad
Kod bahasa
ISO 639-2sux
ISO 639-3sux
Glottologsume1241

Bahasa Sumeria atau Sumer (Sumeria: 𒅴𒂠, rumi: Emeg̃ir, lit.''bahasa ibunda''; Jawi: بهاس سوميريا/سومر) ialah bahasa Sumeria purba. Ia antara bahasa tertua yang disahkan usianya, digunakan seawal 2900 SM. Ia dipercayai adalah bahasa pencilan, satu-satunya bahasa yang dituturkan di kawasan Mesopotamia purba, di Iraq zaman moden.

Bahasa Akkadia, sebuah bahasa Semitik, secara beransur-ansur menggantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia s. 2000 SM (tarikh tepatnya diperdebat) tetapi bahasa Sumeria terus digunakan sebagai bahasa suci, istiadat, sastera dan sains di negeri-negeri Mesopotamia yang berbahasa Akkadia seperti Assyria dan Babylonia sehingga abad ke-1 Masihi. Selepas itu, ia telah dilupakan sehinggalah abad ke-19, apabila ahli Assyriologi mula mentafsirkan batu dan papan bersurat yang digali serta ditulis dalam tulisan pepaku oleh penuturnya dahulu.