Bahasa Sepanyol Yahudi

Bahasa Sepanyol Yahudi
Bahasa Ladino
  • judeoespañol / español
  • judió / jidió
  • djudeo-espanyol / espanyol
  • djudyo / djidyo
  • Ladino
  • גﬞודﬞיאו־איספאנייול
  • איספאנייול
  • גﬞידﬞייו / גﬞודﬞייו
  • ӂудеоэспаньол / эспаньол
  • иудео-испанский / испанский / ӂудезмо
  • τζ̲ουδέο-εσπανιόλ / εσπανιόλ / τζ̲ουδέο
  • جوديو-اسپانيول
Judeoespañol dalam tulisan Solitreo dan Rasyi
Sebutan[dʒuˈðeo͜ s.paˈɲol]
Asli kepadaIsrael, Turki, Greece (12 dilaporkan pada tahun 2017), Bosnia dan Herzegovina (4 dilaporkan pada tahun 2018), Brazil (dialek Haketia)
KawasanLembangan Mediterranean (kawasan asal), dahulunya juga benua Amerika
EtnikYahudi Sefardi
Penutur bahasa
51,000 (2018)e25
Indo-Eropah
  • Italik
    • Latino-Falisca
      • Romawi
        • Italo-Barat
          • Romawi Barat
            • Romawi Iberia
              • Iberia Barat
                • Castilian
                  • Bahasa Sepanyol Yahudi
Bentuk awal
Latin Lama
  • Latin Basahan
    • Romawi Purba
Dialek/loghat
  • Tenggara (Istanbul, Salonica)
  • Timur Laut
  • Barat Laut (Sarajevo)
  • Haketia (Tangiers, Tetuani)
Utamanya abjad Latin; juga Ibrani (biasanya menggunakan Rasyi atau Solitreo); dahulunya abjad abjad Yunani, Cyril dan Aljamiado (Arab-Parsi)
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-2lad Ladino
ISO 639-3lad Ladino
Glottologladi1251
ELPLadino
Linguasphere51-AAB-ba … 51-AAB-bd
IETFlad
Komuniti berbahasa Yahudi-Sepanyol bersejarah tinggal di sekitar Mediterranean. Bulatan menunjukkan di mana komuniti ini masih wujud hari ini.

Bahasa Sepanyol Yahudi atau Yahudi-Sepanyol (autonim djudeoespanyol, tulisan Ibrani: גﬞודﬞיאו־איספאנייול), juga dipanggil bahasa Ladino, ialah sebuah bahasa Romawi yang berasal daripada bahasa Sepanyol Lama.

Asalnya dituturkan di Sepanyol, kemudian selepas Perintah Pengusiran Alhambra tersebut di seluruh Empayar Uthmaniyah (Balkan, Turki, Asia Barat, dan Afrika Utara) serta Perancis, Itali, Belanda, Maghribi, dan England, hari ini ia ditutur sebahagian banyaknya oleh minoriti Sefardi di lebih daripada 30 buah negara, dengan kebanyakan penuturnya tinggal di Israel. Walaupun tiada status rasmi di mana-mana negara, ia telah diakui sebagai bahasa minoriti di Bosnia dan Herzegovina, Israel dan Perancis. Pada tahun 2017, ia telah diiktiraf secara rasmi oleh Akademi Diraja Sepanyol.

Kosa kata teras Sepanyol Yahudi ialah bahasa Sepanyol Lama, dan ia mempunyai banyak unsur daripada bahasa Romawi lama lain di Semenanjung Iberia: Aragon Lama, Asturleon, Katalan Lama, Galicia-Portugis, dan Andalusia. Bahasa ini telah diperkayakan dengan kota kata bahasa Turki Uthmaniyah dan Semitik, seperti Ibrani, Aram dan Arab—terutamanya dalam bidang agama, undang-undang dan kerohanian—dan kebanyakan kosa kata untuk konsep-konsep baharu dan moden telah diserap daripada bahasa Perancis dan Itali. Tambahan pula, bahasa ini dipengaruhi sedikit sebanyak oleh bahasa-bahasa di Balkan, seperti Yunani, Bulgaria dan Serbo-Croatia.