Bahasa Mon-Khmer

Mon-Khmer
Taburan
geografi:
Indochina
Klasifikasi bahasa:Austro-Asia
  • Mon-Khmer
Pembahagian:
  • Timur
  • Utara
  • Selatan
  • tidak dikelaskan
ISO 639-2 / 5:mkh

Bahasa-bahasa Mon-Khmer merupakan sebuah keluarga bahasa di Asia Tenggara. Bersama dengan kumpulan Bahasa Munda di India, kedua-dua ini merupakan dua cawangan utama bagi keluarga bahasa Austroasia. Namun sesetengah klasifikasi kini telah memansuhkan dikotomi ini, dengan sama ada mengurangkan skop Mon-Khmer (Diffloth 2005) atau memecahkannya sepenuhnya (atau meletakkan Munda di bawah Mon-Khmer: Peiros 1998).