Bahasa Melayu Tioman

Bahasa Melayu Tioman
Bahasa Pulau
"Cakap Polau / Behese Polau"
Asli kepadaMalaysia
Kawasan Pahang  Johor
Penutur bahasa
3,000
Dialek/loghat
  • Pulau Aur
  • Pulau Pemanggil
  • Kampung Juara
  • Kampung Salang
  • Kampung Tekek
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Tioman atau dikenali sebagai bahasa Polau ialah bahasa asal bagi masyarakat di pulau Tioman, Pahang serta dua pulau kecil iaitu Pemanggil dan Aur yang berada di bawah pentadbiran negeri Johor.

Penduduk di tiga buah pulau ini bertutur dalam sejenis bahasa Malayik yang pada orang luar dianggap seperti perantaraan antara Pahang dengan Sarawak namun pada masa yang sama mempunyai keunikan tersendiri dari segi sebutan dan kosakata.