Bahasa Melayu Jambi

Bahasa Melayu Jambi
Baso Jambi
Asli kepada Indonesia
Kawasan
EtnikMelayu Jambi
Penutur bahasa
390,000-400,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3jax

Bahasa Melayu Jambi (Jawi: بهاس ملايو جمبي) atau Bahasa Jambi ialah dialek bahasa Melayu yang dituturkan khususnya di provinsi Jambi, bahagian selatan provinsi Riau dan bahagian utara provinsi Sumatera Selatan. Bahasa Melayu Jambi mempunyai lapan dialek yang tersebar di lapan kabupaten/kota di provinsi Jambi. Selain bahasa Indonesia, bahasa ini juga digunakan sebagai bahasa perantara antara masyarakat etnik di provinsi Jambi.