Bahasa Melayu Cheti

Bahasa Melayu Cheti
Bahasa Melayu Kreol Melaka
Bahasa Melayu Kreol Cheti
Asli kepadaMalaysia
KawasanMelaka
Penutur bahasa
300
Kreol Melayu
  • Bahasa Melayu Cheti
Kod bahasa
ISO 639-3ccm

Bahasa Melayu Cheti (juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Kreol Melaka dan Bahasa Melayu Kreol Cheti) merupakan antara bahasa Kreol Melayu yang dituturkan oleh orang Cheti (juga dikenali sebagai Peranakan India), satu kumpulan masyarakat Tamil lazimnya ditemui di Melaka, Malaysia dan Singapura, yang telah dipengaruhi dengan budaya sekeliling iaitu budaya Melayu dan Cina, di samping mengekalkan warisan kebudayaan Hindu.

Dituturkan sejak abad ke-16 oleh keturunan saudagar Tamil di Selat Melaka, Bahasa Melayu Cheti mungkin ada perkaitan dengan Bahasa Melayu Sri Lanka. Bahasa ini berada di ambang kepupusan, disebabkan perkahwinan campur dan berhijrah ke tempat lain. Bahkan penutur sebaliknya menggunakan bahasa Melayu daripada menuturkan bahasa tersebut.

Bahasa Melayu Cheti merupakan bahasa kreol daripada percampuran bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris. Namun, kewujudannya pada akhir-akhir ini tidak terlalu menonjol jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa tersebut. Disebabkan pengaruh yang kuat daripada bahasa Melayu, bahasa Melayu Cheti tidak terlalu berbeza dengan dialek Melayu yang lain, terutamanya dialek Melayu Melaka Tengah. Walaupun begitu, ianya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Bahasa Melayu Cheti berkongsi beberapa ciri-ciri dengan Bahasa Melayu Baba, menunjukkan kemungkinan kedua-dua bahasa tersebut berasal daripada bahasa yang sama, iaitu Bahasa Melayu Bazar.