Bahasa Melayu Ambon

Bahasa Melayu Ambon
Asli kepadaIndonesia
KawasanKepulauan Maluku
Penutur bahasa
(250,000 setakat 1987)e18
1.4 juta penutur tahap 2
Kreol Melayu
  • Indonesia Timur
    • Bahasa Melayu Ambon
Dialek/loghat
  • Ambon
  • Dobo
  • Melayu Sini (Dutch Ambonese Malay)
Abjad "Latin"
Abjad Jawi ("Arab-Melayu")
Kod bahasa
ISO 639-3abs
Glottologambo1250

Bahasa Melayu Ambon adalah bahasa Melayu campuran dituturkan penduduk-penduduk Pulau Ambon , Buano, Manipa, Kelang, dan Seram dalam Kepulauan Lease serta dipakai juga sebagai bahasa perdagangan di Kepulauan Kei, Kepulauan Banda, Kepulauan Watubela, Pulau Buru, hingga Kepulauan Aru; kesemua pepulau ini terangkum dalam Kepulauan Maluku Ia merupakan bahasa perantara masyarakat kepulauan Maluku yang berbilang bahasa Austronesia asli setempat dalam kalangan mereka atau "bahasa tanah".