Bahasa Māori

Māori
Te Reo Māori
Asli kepadaNew Zealand
KawasanPolinesia
Penutur bahasa
157,110
Austronesia
  • Melayu-Polinesia (MP)
    • Timur-Pertengahan MP
      • Timur MP
        • Kelautan
          • Kelautan Timur-Pertengahan
            • Kelautan Pencilan
              • Pasifik Tengah
                • Fiji-Polinesia Timur
                  • Polinesia
                    • Nuklear Polinesia
                      • Polinesia Timur
                        • Polinesia T. Pertengahan
                          • Tahitik
                            • Māori
Status rasmi
Bahasa rasmi di
New Zealand
Dikawal selia olehMāori Language Commission
Kod bahasa
ISO 639-1mi
ISO 639-2mao (B)
mri (T)
ISO 639-3mri
ELPMāori

Bahasa Māori (nama dalam: te reo Māori, diringkaskan kepada te Reo, "bahasa") merupakan sebuah bahasa Polinesia Timur dituturkan oleh orang Māori iaitu bangsa peribumi asli menduduki New Zealand. Bahasa ini mempunyai hubungan rapat dengan bahasa Māori Kepulauan Cook, bahasa Tuamotu dan bahasa Tahiti. Namun begitu, bahasa ini kurang sama dengan Bahasa Hawaii dan bahasa Marquesa serta lebih jauh ke bahasa-bahasa Polynesia Barat termasuk Bahasa Samoa, bahasa Tokelau, bahasa Niue dan bahasa Tonga.

Bahasa ini merupakan antara tiga bahasa rasmi diiktiraf di negara New Zealand selain bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand; status rasmi ini diberikan berikutan lulusnya Akta Bahasa Māori 1987.