Bahasa Mah Meri

Mah Meri
Besisi, Betise’
Asli kepadaMalaysia
KawasanSemenanjung Malaysia
EtnikMah Meri
Penutur bahasa
3,675  (2008)
Austro-Asia
Kod bahasa
ISO 639-3mhe
ELPMah Meri

Bahasa Mah Meri, juga dikenali sebagai Besisi, Cellate, Hma 'Btsisi', Ma 'Betisek, dan "Orang Sabat" (bahasa kasar), ialah sebuah bahasa Austroasiatik yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu. Bahasa ini, bersama dengan bahasa-bahasa Semaq Beri, Semelai dan Temoq, tergolong dalam bahasa-bahasa Asli Selatan, cabang bahasa asli Malaysia. Mah Meri adalah satu-satunya bahasa asli yang dituturkan di kawasan pantai (di pantai Negeri Sembilan dan Selangor) dan jumlah penutur ialah 3,675 orang seperti yang direkodkan oleh pihak Muzium Orang Asli di Gombak. Sebuah kamus bahasa Mah Meri telah disusun oleh Nicole Kruspe.