Bahasa Kenaboi

Kĕnaboi
Asli kepadaMalaysia
KawasanNegeri Sembilan
Pupusdirekodkan seawal c. 1880
Tiada pengelasan
(Bahasa pencilan?)
(Austro-Asia?)
  • Kĕnaboi
Kod bahasa
ISO 639-3xbn
Glottologkena1236

Bahasa Kĕnaboi ialah sebuah bahasa terpupus dari Negeri Sembilan, Malaysia yang masih tidak dapat dikelaskan dan mungkin merupakan bahasa terasing atau bahasa Austro-Asia yang tergolong dalam cabang bahasa Asli. Hal ini dibuktikan dalam dua dialek, berdasarkan senarai perkataan sekitar 250 patah perkataan, yang mungkin direkodkan pada sekitar tahun 1870–90.

Dalam karya "Pagan Races of the Malay Peninsula" oleh Walter William Skeat dan Charles Otto Blagden pada 1906, kandungan tiga senarai perkataan yang sebelumnya tidak diterbitkan telah muncul, dua daripada itu dikumpulkan oleh D.F.A. Hervey, bekas pegawai kerajaan Melaka. Tidak ada petunjuk mengenai tempoh senarai kata ini direkodkan, tetapi ada kemungkinan bahawa senarai perkataan ini dikumpulkan pada sekitar tahun 1870-an hingga 1890-an.

Hervey mengumpulkan leksikon Kenaboi di Alor Gajah, Melaka daripada penutur yang tinggal di Gunung Dato', yang merupakan sebuah gunung yang terletak di Daerah Rembau di selatan Negeri Sembilan. Berdasarkan etnonim, bahasa Kenaboi mungkin berasal dari lembah Sungai Kenaboi di Daerah Jelebu di utara Negeri Sembilan (Hajek 1998). Kini, masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan lazimnya merupakan penutur bahasa Temuan.